Mencari Bahagia Hawa ku..

Sejuk menusuk sum-sum tak gadai panas cintaku padamu. Lingkaran cinta ini mendalam tak tergambar mata kasarmu. Puncak gunung terdaki menggapai awanan salju.. mendung jua menyinggah. Kenapa mendung ku sangka awan biru? Sejuknya mungkin.. menerobos membuat ku hilang pertimbangan, hilang tafsiran nyata... palsu membalut tingkah hati ku, fatamorgana menipu mata hati ku, tertiarap aku pada cinta ini..

Hujung jalan ku cari cinta sejati, tengah jalan terjumpa badai bagai cinta. Ku tabur baja menumbuh bunga cinta, suci ikhlas.. tulus gerakku. Tapi badai tetap badai, hembusan kasar anginnya meluruhkan kelopak bunga ku baja. Tanpa belas, tiupan terus deras.. kelopak bunga gugur ku pungut, air mata mengalir.. hiba luluh hati ku.. sayu benak kalbu ku.. rintihan ini hancur melukut

Sahabat.. penuh rasa sayang ku; kosong kau nilai..
Sahabat.. tulus kasih ku; terpinggir hati mu..
Sahabat.. suci cinta ku; tiada nilai buat mu....
Aku akur

Jalan ku titi membawa kelopak bunga gugur. Tiada lagi benih bunga cinta untuk ku tabur, tiada lagi baja sakti untuk ku suburkan bunga cinta. Hati ku lemah, jiwa ku sunyi.. Langkah ku.. melangkah tanpa erti. Tuhan.. Kau ciptakan hati.. syukur ku merasa. Nikmat payah mencari bahagia Hawa ku... tersungkur aku dengan nya.


Marhaen Juntai @ Muaz Hadi
Bilal D2.8
2.30 AM
Nov 23, 08

Comments

Anonymous said…
huuuuuuuu. precious. very precious.
Anonymous said…
soryyz. baru hari ni aku boleh lawat blog ni. dah heboh dgr komen-komen dari teman2 kem. niza dah suruh aku komen semua karya marhaen. ni komen pertama;

untuk yang ini, sangat mantap ungkapan2. frasa berlapis pun tak macam berlapis, bahkan berlapis2. 2 frasa. 'tanpa belas..tiupan terus deras' cantik ayat tu, belum pernah jumpa, asli.

aku rasa karya ni lebih kepada luahan hati, tapi diolah menggunakan kekuatan bahasa, bukti saudara marhaen punya kekuatan dalam kosa kata. genre ni rasanya kak zainon lagi pandai, nanti aku minta dia komen.

syabas untuk karya yang tinggi nilai bahasa, dalam makna kata.
Anonymous said…
syihab sms kak non blog marhaen. kak non banyak tulis puisi hati. tapi kali ni marhaen buat kak non sayu.. cukup asam garamnya tulisan ini. memang terkesan kepada pembaca. bukan senang nak buat kak non terkedu macam malam ni. selalu kalau luahan, org buat bahasa ringkas terus kepada makna, tapi marhaen gubah dengan bahasa. kak non bagi A++

lama tak jumpa marhaen, rupanya dah menulis di internet.
Muaz Hadi said…
segan la bila kak non datang melawat. tak ada apa pun, saja tulis bila hati merekah. kena banyak belajar lah dari kak non. tQ kak non datang melawat
Anonymous said…
syahdu..
Anonymous said…
..... indah kata-kata ni. suka sangat.
setiakasih said…
Salam Muaz...

'rintihan ini hancur melukut'

pergh... aku suka.
Muaz Hadi said…
ini zaman bila punya monolog, tapi serius yang ini ditulis dengan hati.. sebak la pulak.. mengenang nostalgia lama

Popular posts from this blog

Bahagia tak mahu jejaki Aku..

Ku relakan dikau pergi..

Dendam.. Cinta.. Rindu.