Malam Sepi Kesyahduan..

Ku nanti malam, bagai si pungguk menantikan bulan nya.. Kerna malam bisa menenangkan daku, kerna malam bisa mendamaikan hati melati ku.. kerna malam punya kesejukan selesa mendampingi benak fikiran, merungkai untaian tribulasi siang.. Malam itu kurnia, malam itu anugerah, malam itu lurah kasih sayang a'bid kepada Tuhannya..

Munajat diri hamba di sepertiga malam, memohon kesyahduan sanubari, membekal kecekalan rohani..Moga ini menjadi benteng perisai diri agar tidak tersungkur dengan haloba dunia.. Malam tetap bernyawa.. Malam punya cahaya buat mereka yg taat, malam punya erti buat mereka yg patuh, malam punya syahdunya buat perindu pada yg Azali. Tidak ada permulaan, tidak ada pengakhiran, tidak ada sempadan, tiada bertempat, tiada terkandung jisim... Itu lah tunjang sandaran a'bid di malam hari, Tuhan yg Esa, tiada teragih kerna Allah itu juzuk yg tidak terbahagi.. Itu aqidah kita, itu pegangan a'bid, itu paksi kepatuhan tunduk syukur penuh keinsafan berteman malam sepi kesyahduan..

Sepi ini kutagih, sepi ini ku minta, sepi ini ku terapkan kedamaian mudah-mudahan damai hati melati ku di malam sepi kesyahduan dengan keizinan Tuhan Pencipta alam, Dia lah yg menjadikan, Dia lah yg membolak-balikkan hati ni.. Teguhkan hati ini ya Qayyum, lazatkan hati ini dengan kedamaian ya Razzaq, buka kan dada ini dengan keimanan yg syahdu ya Fattah..

Hati melati ku merintih lagi di malam yg sepi penuh kesyahduan..

Comments

Anonymous said…
karya ni luar dari niche aku. penuh unsur keagamaan, sesuai dengan peribadi saudara "Marhaen Juntai" aka Muaz Hadi! aku igt lagi ko azan maghrib kat DBP, huuuuh bergegar jantung2 saterawan muda kat bahagian muslimat..

Popular posts from this blog

Bahagia tak mahu jejaki Aku..

Ku relakan dikau pergi..

Dendam.. Cinta.. Rindu.